Sunday, February 23, 2014

Hiking at Bukit Pelindung

Assalammualaikum blogger semua..
punye lame xmengupdate entry. so harini ade entry sikit yang ingin dikongsikan.

ini semalam punye cerita. 22/2/2014  starting at 17:15.
ceritanya semalam pergi hiking dekat Bukit Pelindung.
tau x Bukit Pelindung ni kat mane?
kalau sesiape yang duduk area Kuantan rasenye biase dah dengar
name tempat ni. 
Bukit Pelindung ni terletak dekat dengan Pantai Teluk Cempedak. 
kalau kite nak pergi Teluk Cempedak ikot jalan ke Alor Akar
selalunye mesti jumpe Bukit Pelindung ni.

nak dijadikan cerita semalam kami bergerak dari UMP dalam jam 16:10.
then sampai dekat alor akar dalam jam 16:40.
 kami solat asar dulu dekat Masjid Al Hidayah. 
dalam jam 17:00 kami bergerak ke Bukit Pelindung.
dalam jam 17:15 kami memulakan perjalanan.

track Bukit Pelindung xsusah sangat sebabnye diorang dah sediakan jalan
ataupun laluan jalan tar untuk kita naik ke atas.
tapi agak penat sebab track dye mendaki dan mendatar.
dalam jam 18:00 kami sampai ke puncak Bukit Pelindung yang pertama.
agak lambat sikit sebab kami banyak berhenti.
dalam jam 18:20 kami sampi ke puncak bukit yang ke 2.

view bukit ni xade ape sangat.tapi once dah sampai ke puncak
memang rase puas hati la kan. Alhamdulillah.
track dekat sni memang ramai sangat orang. even dah jam 19:00 pon masih ade yang baru
nak mendaki. memang seronok and sangat impress bila
bejumpa dengan pakcik, makcik, atok and nenek pon ade
mendaki bukit ni dengan pantas lagi...pffffff...even kami 
yang gerak dulu pon xdpt nak kejar diorng. sangat impress tgk.

so, ni lah kenangan yang dapat di buat untuk harini...
(^__^)v












terima kasih kepada kawan2 yang sudi ber hiking harini. 
next time, kita pergi hiking ramai2 lg.
thanks for today's memory.


:)

Thursday, March 28, 2013

Solat Sunat Dhuha

Bismillahhirrahmanirrahim
~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

untuk entry kali ni saya nak berkongsi tentang solat sunat Dhuha.
Solat Sunat Dhuha ni dilakukan ketika matahari sedang naik
dalam anggaran pukul 8.00 pagi hingga 11.00pagi.
kita boleh lakukan solat ni dalam bilangan rakaat 2, 4, 6, 8 hingga 12 rakaat.
kalau buat banyak rakaat lgi banyak fadilatnya insyaAllah.
(^_^)


bacaan niatnya:-
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
solat sunat ni dilakukan macam biasa.
cuma ada yang menggalakkan kita membaca surah As-Syam untuk rakaat pertama
dan surah Ad-Dhuha untuk rakaat ke dua.

doa sselepas solat dhuha adalah :-

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

atau hafal dengan bagus lagi boleh dengar bacaan doa ni dari
kumpulan UNIC yang bertajuk Doa Dhuha.



sebaiknya solat Dhuha ni dilakukan pada setiap hari.
Solat Dhuha ni banyak kelebihan nya antaranya mendapat keampunan Allah S.W.T,
Dimurahkan rezki dan tenang jiwa serta kehidupannya.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

saya pon sebenarnye baru je nk start blaja melakukan solat dhuha ni.
bila tengok roomate rajin solat dhuha
Alhamdulillah Allah bagi hidayah untuk saya pon sama2
melakukan solat dhuha ni.
InsyaAllah harap sangt dapat lakukannya secara istiqamah.

untuk maklumat yang lebih banyak boleh tengok link2 kat bawah ni :-

  • http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/
  • http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=310
  • http://permai1.tripod.com/dhuha.html
semoga ilmu dapat selalu dikongsi bersama.

Kekurangan Bukan Alasan

Bismillah

lama sudah tidak mengupdate di blog ni..
kesian blog ni bersawang-sawang sbb lame tuannye 
tidak datng menjenguk..
disebabkan sibuk dengan kerja-kerja
assignment yang mula bertambah
dan test yang perlu diberi tumpuan
dan jugak Hands on test dan juga skillbase yang
semakin menjadi2
tetapi insyaAllah semuanya baik2..
dan masih dapat diteruskan dalam 
arus yang tenang..
Alhamdulillah

saya belajar untuk selalu bersabar untuk semua test2
dan jugak dugaan yang datang..
dan selalu berlajar untuk bersyukur untuk semua hal
sebut pasal bersyukur saya teringat dengan 
seorang insan yang sangat menyentuh hati
semasa saya bertemu dngannya

saya tak tahu siapakah nama dia..
tapi yang pastinya dia seorang gadis yang naif
walaupun kurang dari segi fizikal dimana dia tidak boleh
melihat hanya mampu merasa dan mendengar
saya sangat kagum dengan beliau

saya bertemu dengannya di stesen bas Temerloh
masa tu saya dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman.
sememangnya bas akan berhenti di stesen Temerloh sebelum bergerk terus
ke Bahau Negeri Sembilan.
gadis ni naik bas sekali dengan saya di stesen bas Temerloh.
uminya yang menghantar dia masuk ke dalam bas
saya yang masa tu tengah 'syok' mendengar mp3 player
terus mellihat gadis ni
sebaik uminya turun dari bas meninggalkn dia keseorgn di atas bas
saya melihat dia mengeluarkan handphone nye
dan menekan2 handphone tersebut
saya sangat kagum
walaupun dia tidak mampu melihat tapi dia mampu menaip message
Subhanallah..

betapa besarnya kuasa Allah
kekurangn yang dia ada langsung tak menghalang dia untuk hidup
dia menaip message dengan perlahan
tampa saya sedar airmata saya keluar
saya berfikir agaknya berapa lame dia berlatih untuk menghafal setiap nombor
dan huruf yang ada dengan handphone tu
untuk 'call' dan 'message' tanpa perlu
meminta bantuan dri org lain..

kebetulan gadis ini turun di tempat yang sama dengan saya
di stesen Bahau.
semasa turun saya melihat dia mngeluar tongkat untuk menuju ke stesen bas
menunggu seseorng datng memjemputnya
skali lagi dia mngeluarkan phonenye untuk membuat panggilan
mungkin panggilannya tidak berjawab..
dia duduk ditepi kerusi sambil menunggu
dan masa itu ayah saya telahpun sampai untuk menjemput saya
dari jauh sya melihat dye
ada seseorng datang menemani dia
mungkin abangnya
dalam hati saya berdoa semoga Allah melindungi
gadis yang kuat ini

:-secara jujurnya saya sangat bterima ksih kepada gadis tersebut,
kerana dalam tak sedar dia telah membuat saya sedar.
bahawa kuasa Allah itu sangat besar. jika dia
seorang yang kurang upaya
mampu berdikari untuk hidup, berusaha untuk
berdiri di atas kaki sendri, kenapa saya tidak boleh?

Tuesday, February 26, 2013

Andai aku hilang harapan =)




Ya Allah
damaikanlah hatiku dengan setiap ketentuanMu
kerana sesungguhnya perancanganMu 
lebih hebat dri insan biasa ini.

Jika aku gagal pada hari ini
aku pasti akan ada sesutu yang Engkau sediakan
untukku dan semestinya ia lebih baik dri apa 
yang aku inginkan..

P/S:- bersangka baik dengan Allah..Sesungguhnya Dia lebih mengetahui..
\(^____^)


Sunday, October 14, 2012

Tamat Diploma- Konvokesyen Ke7 UMP

As salam..
lamanye xupdate blog rindu plak kite..
hehehe..
kehadapan pembace blogger semua
diharapkn semua blogger yg datng melawat ke sni
sihat sejahtera hndaknye..
*amboih mcm ayat dalam surat cinta plak..hikhikhik

hari ni nk kongsi cerita gembira
tapi lambat sikit update cerita ni

cerita bermula pada tarikh 14 Oktober 2012
*amboi mcm nak bace berite pon ade ni (^___^)

sebenanye tarikh tersebut adalah tarikh yang bersejarah
bagi dan rakan2 seperjuangn 
nak tau kenape?
nak tau x? nak tau x?
heee
kami telahpun bergelar sebagai graduan diploma di Universiti Malaysia Pahang
sangat teruja dengan majlis konvokesyen yang diadakan
dalam keterujaan tu tak lupa juga untuk memanjatkan 
kesyukuran dengan kejayaan yang diperoleh
Alhamdulillah

jom tengok gambar2 yang diambil semasa keonvokesyen ke 7 UMP
klik gambar untuk membesar
(^________-)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V






bersama rumate selama 3 thun diploma :)
tengok muke menahan matahari yang terik..hehee

rakan-rakan sekelas 
DCS 2009-2012

ibu tercinta yang satu tiada dua..I love u mom :)

bersama ayah tercinta..dunia akhirat



sahabat sejati until jannah insyallah

sudah begelar ALUMNI untuk diploma :)

hadiah dri keluarga tercinta..bunga ni xkan layu sampi bila2
thats why saya pilih bunga ni..:)


dan ni hadiah dri si dia..
dia kata name bear ni "konbo bear"..
lawak betul name....
tp time kasih byk2
sbb sudi blikn bear ni
1st time dapt bear dri dye..
happy bleh bwak teman tido..
tp actually saye yg mintak dye belikan bear ni
rse mcm truk plak 
bila dah dapat bear ni rse macm serbe slah plak mintk si dye belikan
hmm...
itu saja gambar yg dapat dikongsikan
xboleh letak banyk2 
japlg lame plak nak kene loading
kikikikikikiiii..
-sekian-

p/s : sangat berbangge kerane dapat memhadiahkan segulung diploma kpada
keluarga..insyallah lgi 3 tahun saya kan hadiahkan segulung
ijazah pulak untuk keluarga tercinta..doakan saya.. :)



Monday, July 23, 2012

Sudah Bergraduan :)


As-Salam
harini nak buat entri happy sikit
kerana saya telahpun bergelar
seorang graduan dari Universiti Malaysia Pahang
pada 20hb July telah pun
tercatat sejarahnya..
hehehehee..

Alhamdulillah
itu sahaja yang mampu saye katakan
apabila status dalam Profile pelajar
telahpun bertukar Graduated
Alhamdulillah


Alhamdulillah
berkat doa mak ayah
(^__^)






Friday, July 20, 2012

Rumah Penjagaan Al-Fikrah



As-Salam
pada seminggu sebelum berpuasa
saya dan kawan2 warga company
Alam Maritim Sdn.Bhd
telahpun mengunjungi sebuah rumah kebajikan
yang dinamakan
Pusat Penjagaan Al Fikrah

Pusat penjagaan ni terletak di Sg.Sekamat di Kajang
dalam pejalanan yang memakan masa 20 mnit
kami telahpun sampai dengan selamat

semasa mula² sampai memang
agak terharu dan terkejut kerana keadaan disekitar
rumah yang masih tidak berpenghuni ni sangat
kotor
tapi setelah membanting tulang selama
hampir 4 jam
kami telahpun berjaya membersihkan rumah yang
pada mulanya kotor sudahpun menjadi bersih
Alhamdulillah
berkat kerjasama sesama kakitangan yg ada

antara aktiviti yang dijalankan
mencuci tingkap, menyapu
menyusun barang² yang di sumbangkan,
mengemop lantai, mengecat dan mengemas

berikut adalah antara mereka yang mengerah tenaga
bagi menjayakan program amal ini
(^_^)v


Banner rumah kebajikan Al-Fikrah


kak dewi, kak zira, saya, kak wani
abg taqi yg encem, kak liza
hikhikhik.


kami yang asek begambo xsudah²

membentang karpet bagi program tahlil
untuk keesokan harinya


at least hujung minggu saya tak adalah sia-sia
tidak lama lagi rumah ini akan diduduki oleh
golongngan warga emas
yang terdiri daripada
golongan emas yang tidak dituntut hospital,
golongan yang terdampar dan miskin,
serta golongan tua yang dibuang oleh keluarga sendiri

Nauzubillah..
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang
yang menzalimi golongan yang lemah
dan minta dijauhkan dari menjadi anak yang derhaka