Friday, January 6, 2012

sudah 4 bulan pemergian~ Al-Fatihah

salam semua

hari ini azza tiba2 teringatkan allahyarham pak cik azza
yang telah kembali ke Rahmatullah 22hb 08 2011 
bersamaan dengan 22 Ramadhan 1432H

mungkin ade diantara kalian yang pernah terbace atau terlihat
berita " Dua Polis Lemas " di akhbar atau kaca tv..

Allahyarham pak cik telah hilang di muara sungai Ulu Tiram pada 21hb 08 2011
menurut siasatan Allahyarham bersama rakannya Mohd Nazri Omar telah jatuh ke dalam sungai
apabila bot yang mereka sewa gagal dikawal akibat air yang berpusar di bawah bot

berita tentang kehilangan Allahyarham pakcik telah sampai ke
pengetahuan anaknya Aiman Husin yang berada di Shanghai, China
kerana menyertai pertandingan badminton wakil universiti Malaysia.
sebaik mengetahui Aiman Hussin dibawa pulang dengan segera
ke tanah air

mayat Allahyarham pakcik ditemui keesokannya pada 22hb 08 2011 pkul 3.30 ptng
manakala mayat sahabat Allahyarham di temui lebih 3 jam selepas mayat
Allahyarham pakcik ditemui..

Allahyarham pakcik dibawa pulang untuk menjalani proses bedah dan siasat
selepas proses bedah siasat mayat di bawa pulang ke flat polis Tampoi, Taman Melur
untuk disembahyangkan
dan di bawa pulang ke tempat kelahiran Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan
untuk dikebumikan.

hari raya pada tahun lepas amatlah memilukan
dan menghibakan seisi keluarga..
walaupon Allahyarham pakcik sudah tiada lagi
namun, pesanan + nasihat dan kasih sayang beliau
tidak pernah sesekali kami lupakan hingga ke akhir hayat

walaupun menyedari
kami sekeluarga amat merindui telatah beliau yang suka berjenaka
dan menjadi ketua keluarga yang betanggungjawab


pemergian beliau pada hari yang menghampiri Syawal..
dalam bulan Ramadhan yang mulia dan
semoga Allahyarham pakcik ditempatkan diantara mereka yang beriman dan mulia 
disiNya..

takziah kepada Mak Cik tercinta dan seisi keluarga
-Al-Fatihah-

SABARLAH...Junaini (kanan) menenangkan Sabariah.

p/s:: "sesungguhnya Mati adalah yang paling dekat dengan kita, 
Masa lalu adalah yang paling jauh dengan kita,
Memegang amanah adalah yang paling berat didunia" 
##~> Imam Al-Ghazali <~##

No comments:

Post a Comment