Wednesday, December 7, 2011

Mak + Ayah =)

-salam-
ingat x mase kecik-kecik kalo kite nangis sape yang akan pujuk kite..
kalo kite demam sape yang akan jage kite..
kalo kite marah sape yang sejukkan hati kite..sape yang pujuk kite..
sape lagi kalo bukan mak dengan ayah..



bukan setakat tu je yang diorang buat kat kite..banyak lagi..
kalo nak cite jasa mak ngan ayah memang xkan terbalas kat dunia ni..

teringat dulu mase skolah hari2 cium tangan cium pipi mak ngan ayah sebelum pg skolah..
skrang xdpat nak buat hari-hari..
walaupon kadang-kadang ade kawan-kawan cakap 
"anak kesayangan mak ngan ayah laa ko ni..cium mak ngan ayah.."
do i care??
habis anak sape lagi kalo bukan anak mak ngan ayah kan..
xkan nak tunggu mak ayah dah tak de baru korang nak buat sume tu....annoying jer ler..

ingat tanpa mak and ayah sape la kite ni...
tanpe mak ngan ayah xdela kite kat dunia ni...
sape lagi yang mampu sayangkan kite sebagaimane mak ngan ayah sayangkn kite??
sape lagi yang mampu jage kite same macam mak ngan ayah jage kite??
no one...xde sape yang boleh ganti kedudukan mereka dihati kite..
ingat ni slalu..=)


-Maassalamah-
(^___^)

Tuesday, December 6, 2011

Perkara yang Jangan Diamalkan Selepas Makan

-salam semua-
hope semua yang tengah bace entri saye kali ni happy2 sokmo oke..:)
kali ni saye nak kongsikan sedikit fakta berkaitan dengan kehidupan seharian kita..
iaitu 7 perkara yang jangan diamalkan selepas makan contohnya makanan berat seperti
nasi. xkire la nasi goreng ke nasi sop ke...nasi sop?? ade ea?? hehehee..=)

antaranya perkara yang jangan diamalkan selepas makan ialah:-

-MEROKOK-
tau tak kenapa xelok merokok selepas makan??
tabiat ni xelok kerana menurut pakar orang yang merokok selepas makan mempunyai 
kemungkinan untuk mendapat kanser yang lebih tinggi. sebatang rokok yang dihisap
selepas makan adalah sama dengan 10 batang rokok yang dihisap. ini 
bermakna kemungkinan nak kene kanser memang sangat tinggi..huuuu..
sebananye xkire hisap rokok lepas makan ke tak makan ke..rokok tu memang bahaye
so, xpyah nak merokok sangat oke terutama kaum adam, kaum hawa pon xterkecuali jugak...(*v*)\ 
-MINUM TEH/ AIR SEJUK-
menurut fakta..daun teh mengandungi kandungan asam yang tinggi yang menyebabkan makanan
yang mengandungi protein sukar dicerna. air sejuk pulak boleh mnyebabkan makanan sukar dicerna.
bagi kaum adam pula minum minuman sejuk selepas makan dikatakan boleh 
mengurangkan tenaga batin. ade sesetengah pihak cakap ini adalah pendapat orang lama
ataupon orang tua-tua. so, lebih baik amalkan minuman suam dahulu baru minuman sejuk.oke.
-MELONGGARKAN TALI PINGGANG-
sekiranya anda tengah makan, jangn longgarkan tali pinggang. hal ni boleh mnyebabkan usus terbelit
dan tersekat. jadi, eloklah longgarkan tali pinggang tu sebelum makan jangan semasa makan. =)
-BERJALAN TERUS-
berjalan terus selepas makan adalah tidak baik kerana boleh menyukarkan proses pencernaan 
apabila sistem pencernaan kita tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan.
so, relak-relak dulu lepas makan tu jangan tergese-gese...
-MANDI-
seterusnya, mandi selepas makan. mandi selepas makan juga dikatakan tidak baik
kerana apabila kita mandi boleh meningkatkan aliran darah ke bahagian tangan, kaki dan tubuh badan dan ini
menyebabkan aliran darah dibahagian perut berkurangan dan ini menyukarkan proses pencernaan
di dalam perut. dan ade jugak pendapat orang lama yang menyatakan
bahawa mandi selepas makan ni nboleh menyebabkan perut buncit.
sejaoh mane kebenarannye...haaa..itu yang kite xtahuu..
sebab tu hanye pendapat orang tua-tua..mungkin ade benarnye atau tidak =)
-TIDUR-
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Nuaim " Rasulullah melarang seseorang tidur selepas mkan kerana perbuatan itu boleh mngeraskan hati",
haaa..dekat sini kita dah boleh nampak bahawe tidur lepas makan tu memang xelok selain daripada
makanan tidak dapat dicerne dengan baik dan boleh menyebabkan sakit perut.
-TIDAK BAYAR-
so, kalo makan kat kedai makan tu jangn terus lari jer..bayar dulu..oke..hehehee..
kalo xnak kene kejar dengan penyapu kat pakcik kedai tu. lagipon kalo korang xbayar lepas makan
nanti xberkat jadinye makanan tu...huuu..

sekian
(= -Maassalamah- =)


Sunday, December 4, 2011

Wajar ke??

 -salam semua-:)
hope semua orang yang tengah bace entri ni happy2 sokmo oke..:)
untuk entri saya pada kali ni saya nak menyuarakan sedikit pendapat tentang sifat 
sesetngah masyarakat yang terlalu suka menyebarkan fitnah atau memburuk-burukkan sesetengah 
pihak dengan menggunakan laman sosial seperti muka buku Facebook.
seperti isu-isu yang penah kita dengar sebelum ni seperti gambar-gambar yang telah diubahsuai oleh sesetengah pihak yang menghina agama islam.

mungkin ramai yang akan marah terutama Umat Islam apabila gambar yang menghina 
agama islam disebarkan melalui Facebook mereka. dan pada pendapat saye, secara peribadinya,
tidak perlulah kita share gambar-gambar yang menghina tersebut ataupon
memaaki hamun semata-mata untuk menunjukkan perasaan marah dan benci terhadap perbuatan
orang yang mengedit gambar tersebut..kerana bagi saya masyarakat diluar sana memang suka melihat kita melatah dan marah..makin kita komen atau makin banyak kita memaki hamun makin banyak
perbuatan macam tu akan berlaku..kerana mereka suka melihat kita marah..

dan jangan sesekali share gambar tersebut kerana
kan xpasal-pasal jer kita sendiri membantu menyebarkan dan secara tak langsung 
menghina agama Islam kitasendiri..
kan xbaik tu..
macammana pulak kalo kita terjumpa page yang menghina agama islam 
di Facebook??
yang ni lagi mudah..jangan sesekali kita LIKE dan jangan sesekali meninggalkan 
komen atau pendapat mengenai page tersebut...kerana perbuatan serupa jer macam mecurahkan minyak petrol ke dalam api yang menyala...



kalo rajin boleh bace langkah-langkah yang kita wajar ambil...

-jadi lebih baik kita berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan-
(:-sekian Maasslamah-:)

/(*___*)V

Friday, December 2, 2011

Maher Zain :)

(: -salam jumaat semua- :)
Harini saya nak bercerita tentang seorang hamba Allah
iaitu Maher Zain..
sape la yang tak kenal Maher Zain..
hampir semua rakyat Malaysia kenal artis kelahiran Lubnan ni..
antara lagu-lagu yang popular yang dibawa oleh beliau ialah Insyallah versi arab, english dan bahasa Melayu, Barakallah, Thank You Allah, Allah Kiya Karo, 
Open Your Eyes, Plestain will be Free, For, The Choosen One,
The Rest Of My Life versi english dan Indonesia dan antara lagu terbaru beliau
Freedom dan I Believe..
 Apa yang ade dengan lagu Maher Zain ni sehingga dia begitu cepat popular..
bagi saya mungkin disebabkan oleh lirik lagu yang menggunakan 
perkataan yang mudah difahami..lagu berunsur ketuhanan yang membuatkan
hati merasa tenang dan mesej yang disampaikan melalui lagunya
sangat mudah diterima oleh masyarakat.


Beliau juga adalah salah seorang artis yang berhijrah dari kehidupan yang gelap
sehinggalah dia berubah menjadi manusia yang seperti kita lihat pada hari ini.
Beliau mengakui bahawa membesar di dalam persekitaran dunia Barat amat
mencabar baginya..tapi alhamdulillah walaupun dia pernah 
tersasar, tapi beliau bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki
diri dan bersyukur kerana mendapat petunjuk dari Allah.

bagi saya beliau memang seorang manusia yang beruntung..semoge  beliau terus berjaya didalam 
karya beliau dalam menyebarkan dakwah melalui muzik-muzik mendidik jiwa..

**actually saye peminat Maher Zain**
sebab tu la cite kat sini..hehe..
(O__O)V



Thursday, December 1, 2011

SYABAS!!


..salam semua..
untuk sekian lamenye tidak mengupdate blog...tetibe malam ni rase2 terajin pulak nak update..hehehee...(padahal banyak lagi bende yang patut dirajinkan untuk buat ni)...

kali ni merajinkan diri untuk mengupdate blog ni sebab nak ucapkan syabas dekat adik terssayang yang sudah pon selesai menghadapi peperiksaan SPM last paper ptng td katenye...huh..Alhamdulillah..:)
agak banyak jugak subjek yang dia ambil tahun ni..tapi ape2 pon semoge result yang bakal keluar nanti kamu akan dapat setimpal dengan usaha kamu ye adik acik...

kalau dulu nak exam je ayah mesti tanye "agak2 berape A la anak ayah ni boleh dapat"...walaupon nada agak tertanye2 tapi ayah mesti harapkan anak dye dapat yang terbaik...hmmmm...agak2 berapela result kamu nanti...hehe

tapi walau apepon kak lang pon harap adik dapat result yang bagus jugak...mse PMR bleh dpt lebeh dri kak lang ngan kak ateh..harap2 SPM pon mesti boleh dapat lebih jugak la dri kak lang ngan kak ateh kamu neh...banyak2kan doa dan tawakal jela yang mampu sekarang ni..oke..adik acik!! :)