Monday, February 28, 2011

suke DOMO KUN~ weeee~ :)

salam semua...
haiyaa..hari neh lab untuk SAD dibatalkan jadi boleh la amek masa yang ada untuk post entri baru..weeee~..hehehttp://www.smileycodes.info
hah?? ade ke yang tanyer...kenape batal???
errrr..........
hahaha..saya pon tak tau kenapa...dah lecturer tak masuk2 hampir setengah jam..
jadi kami mengambil keputusan muktamad untuk pulang berhari rayer...hehe (tipu jer)


untuk entri kali ni saya nak kongsi mengenai DOMO KUN....haaaa....:)http://www.smileycodes.info

okay..kamu semua tahu tak DOMO KUN ni ape??? sape yang tahu sila angkat tangan macam sayer..heee~ gurau jer....(^____^)

okay kite teruskan becerite ea...
DOMO adalah rakasa yang mulutnye ternganga kecil berwarna coklat.....haaa...http://www.smileycodes.info
DOMO ni comel tau dan sangat popular di JEPUN....(^______^)


ni la die DOMO KUN..macam monster..hehe tapi comel kan???
(^______^)

okay kite sambung cer cite cer cite.....
DOMO ni merupakan maskot dari bs2 NHK's (saluran satelit) iaitu sebuah agensi penyiaran awam di Jepun...(*____*)Vhttp://www.smileycodes.info


haa...mesti semua nak tahu kenapa nama diberi adalah DOMO...kenapa??http://www.smileycodes.info DOMO tu ape kan??

okaylah..macamni...
DOMO bermaksud lebih kepada ''terima kasih'', "maafkan saya" atau yang sama waktu dengannya...:)
KUN pulak bermaksud Encik atau Miss (Mr, Ms) same la semua tu...:)

DOMO ni dia ade hobinye sendiri..haaa..jangan main2...bende ni pon ade minat dia sendiri tau...
DOMO suke sangat menonton TV....dan dia jugak sika makan daging lembu dengan bumbu kentang....tapi DOMO tak suke makan epal....hmmm...:)


DOMO jugak pandai main guitar tau...haaa...DOMO pun ade bakat main guitar rupenyer...heee~ :)
DOMO ni pandai menyanyi jgak heee~...wink2~ lalalala~ :)http://www.smileycodes.info
comel sangat la DOMO ni...lucu pulak tengok...kan..kan..kan..
hmm....saye pon suda minat sama ini DOMO....
http://www.smileycodes.info

dikongsi oleh:>
-PinkyGreenyPeachang-
~DOMO~
(terima kasih)
(*_______*)

Wednesday, February 23, 2011

PeChA KuChA??? :)

salam semua...
hari ini mcam free sket..huhuhu..
bleh la nak update blog neh... (:

haa..skarang saye mau tanye...anda semua penah dengar tak tentang PECHA KUCHA??

PECHA KUCHA?? ape bende lah kan..hmmm bunyi macam makanan kan (pecal)...haha
gurau jer..
ok PECHA KUCHA adalah suatu presentation iaitu 20 x 20..haaa..
bermaksud 20 slide semuanye tetapi anda perlu membentangkan 1slide dalam masa 20 saat sahaja...dan setiap slide hanye mengandungi gambar sahaja tanpa sebutir text pon....so, kene buat presentation berdasarkan gamba sahaja....haaa amacam?? bleh x agak2???? :P


PECHA KUCHA neh agak mencabar....kenapa saya kate mencabar???haaaa...kenape? kenape? kenape??

sebabnye saye dah penah buat presentation PechaKucha neh didalam kelas petang tadi...huhuhu...memang mencabar...first time tengok kawan-kawan present bende ni. macam stress je becakap kat depan..yelaa...belom habis cerita lagi slide tu dah betukar ke slide yang seterusnya...sebab dah lebeh dari 20 saat...hmmm....saye pon tengok dan berpikir...cewwaahh...berpikir neh..macamne nak cerita mengenai gambar tersebut dalam masa yang cukup singkat iaitu 20 saat...

-haih.. BOBO pon tolong saye bepike camne nak buat_
(^_____^)

jawapannyer kene banyak practise lah...
slalunyer kalau dah duduk kat depan mestilah agak berdebar2kan...yelaa..dah semua orang tengok dekat kite...so, kite kenelah practise macammana nak atasi perasaan takot bile berada didepan....dan yang paling penting adalah seperti yang nyatakan tadi kene banyak practise bercakap...haa...bukan senang tau nk becakap untuk 20 saat...sebab tu kene banyak practise...baru bleh berjaye buat...huhuhu

-alolo..kecek2 dah Grad-
hahaha.. (^___^)

memang kene slalu practise becakap kat depan cermin.....haaa...yang ni la saye buat bile dah kat dalam bilik lepas buat slide cubelah bercakap pasal slide tu dalam masa yang dah ditetapkan....mase mule2 memangla slalu terlebeh masa...agak stress jugak mule2 kan..tapi bila dah slalu practise mesti kite dah boleh agak apa yang kite sepatutnye ceritakan tentang slide tersebut untuk 20 saat...

-cermin..cermin..ajaib...saye comel cam ape yer?? eh! alamak..:P-
(^___^)V

dan hasilnya pada pagi tadi presentation sayer sumenyer bejalan dengan lancar....alhamdulillah...suke sangat and puas hati.... berkat becakap sorang2 kat dalam bilik depan cermin...hehehe...

PRACTISE MAKE PERFECT!!
\(^O^)V
dikongsi oleh:




Friday, February 18, 2011

InTeAm Di UMP

salam..
haiyaa...ini kisah sudah lama berlaku
beberapa hari yang lepas..
tapi..arghhh..xkire saye nak post jugak...hehehe

sempena Maulidurrasul pada 14Feb2010
UMP telah menjemput kumpulan nasyid In-Team
untuk membuat konsert sempena Maulidurrasul
dengan tema Kembara Simfoni Madrasah di astaka UMP..
hohoho~

memang best sangat la..=)
rasa sangat puas hati dengan persembahan inteam pada malam itu..
antara lagu yang mereka pesembhkan ialah
Setanggi Syurga, Nur Kasih, Pemergianmu,Insya' Allah versi melayu =)

-shahril-
orang sume sebok nk mek autograp..
tapi saye nk gamba jerk..hehehe =)



-suhaimi-
autograp..autograp...

-hazamin-
sempat lagi begamba kan..
tapi diorang sumenyer memang sporting...=)




Insya'Allah versi Melayu by In-Team
tapi yang sebenarnyer lagu neh dinyanyikan oleh Maher Zain
but In-Team nyanyi pon best jigak~ =)
-video yang sempat dirakam-
gamba n sound xberape la..besela rmai sngt orang yg datang betndng =)
ade pelajar yang datang dari Kolej Matrikulasi Pahang dan UiTM Dungun

dikongsi oleh:




hohoho~ maseh sempat lagi update..padhl senin dpan de test statistic + presentation Islamic Institution...maseh lagi xmenstadikan diri...udah2 ler azza pi lah stadi~ (^^)V USAHA azza! USAHA!!!

Wednesday, February 16, 2011

Sambutan MAULIDURRASUL di UMP =)

salam semua....dan salam maulidurrasul....=)
ok..ape yang anda lakukan sempena menyambut Maulidurrasul pada tahun ini??mai la kongsi skali dengan saya...
sebab hari ni saya rase sangat seronok kerana dapat sama2 meraikan hari keputraan baginda Muhammad (s.a.w) di UMP.
antara aktiviti yang saya turut sama ialah perrarakan Maulidurrasul..
walaupun cuace agak panas tapi semangta untuk sama-sama meraikan Maulidurrasul tetap membara...cewwah ayat kan...hehehe
seawal pkol 9.30 pagi saya dan sahabat sudah berada di Komplek Sukan UMP.
kami bekumpul di sana kerana perarakkan tersebut bermula di kompleks ini dan berakhirnya di Masjid UMP.

haa..beginilah suasana didalam Komplek Sukan UMP sebelum perarakan bermula



suasana perarakan> walaupun panas tapi tengoklah abang2 kite neh masih lagi semangat memegang sepanduk dan segak berbaju melayu>> alhamdulillah<< (^^)
-selawat dan salam keatas baginda Rasulullah-


-perarakan yang turut disertai oleh staf2 UMP-
>memang meriah lah<


samapai di Masjid UMP kami memulakan sambutan dengan bacaan Yassin dan doa kesyukuran sempena ulang tahun ke-9 UMP :)

untuk pertama kali sebenarnya saya menyertai perarakan Maulidurrasul di UMP.. entah bile lagi lah dapat join lagi program camni kat UMP...

dikongsi oleh:

Tuesday, February 15, 2011

Say NO!! to VALENTINE DAY ;(

hari ni 14 februari 2011 bersamaan dengan 12Rabiulawal 1432H. seperti yang kite sedia maklum hari ini adalah hari yang paling bahagia kerana kite sebagai umat islam menyambut suatu hari yang paling bermakna iaitu hari leputraan baginda Nabi Muhammad...seperti yang kite sedia mkalum juga tarikh tersebut jatuh pada tarikh 14 Februari dimana rmai yang mengenali tarikh ini sebagai HARI KEKASIH.

Hari kekasih adalah haram disisi islam...saya membaca satu artikel yang menceritakan tentang haramnya menyambut perayaan Valentine ini....


hal ini dimana Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

sebab itulah diharamkan menyambut Valentine kerana ia merupakan sesuatu yang bertentangan.

anda semua boleh mendapat banyak lagi maklumat mengenai haramnya perayaan ini melalui internet...cer google...cer google...hehehe :)


ilmu dikongsi bersama :)




Thursday, February 10, 2011

Menyesal + Cinta Mati :)

hari ini saya mahu kongsi satu lirik lagu...mayb ramai yang dah slalu dengar lagu neh...
lagu ni dipopularkan oleh kumpulan 6sense...
entah macammana saye boleh jatuh hati dengan lagu...nak tau kenapa??hmm..
saya pon xtau kenapa..hehehe..
tapi lirik lagu ni dan musik yang digunakan memang kene tambah pilak dengan suara adi yang memang sesuai dengan lagu ni.....papepon lagu neh memang best bagi saya la..orang lain -no cmmnt- ^_^

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi (saya suke part neh ^_^)
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi
(menginagtkan pada seseorang ^_^)

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku
(suke ayat ni jugak!! ^_^)


rasenyer tibe-tibe jadi minat pulak dengan lagu band ni....haiyaa...:)
ada lagi 1 lagu nyer yang saya suka...lagu ni merupakan sound track dalam slot lestary di tv3 yang bertajuk "HANI". cerita ni pon boleh tahan best..tapi saya lagi suka lagu ni yang bertajuk "Cinta Mati" oleh sixth sense jugak....music dan lirik lagu yang best...



Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu
(^_^)

Chorus

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang Chorus

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

hah..sangat suka ini lagu....:)

coretan ikhlas: