Thursday, May 31, 2012

Lawak Petang Hari : Anak Kembar :D

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…


Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.


Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.


Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.


Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”


Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


p/s: hahahaa...dah nak kemba sangat...skali seven eleven daaa...jdi apela agknye
dekat anak dye ni..hehee.. (-.-')


Najwa Latif & Aku (-.-')



entri kali ni..agak poyo sedikit..
sikit jer xbanyak pon..
hehehehee..

ade ke patut orang cakap muke
saya ade iras² Najwa Latif
hmmm..
ramai orang tanye knape muke dekat² ngn Najwa Latif
kamu ni ade kene mngene ngan Najwa Latif ke??
kamu ni sepupu dye ea??
ke mak sedare dye??
(-.-')

ingatkan kawan kat UMP jer
dok cakap pasal ni..
rupe²nye kat ofis pon ade jugak
orang ckap sme
hmmmm..
Kadang² saya iakan saje
hahahaha..

saya pon hairan and xfaham
yang mne 1 same ngn anak pakcik Latif ni..


v
v
v


Najwa Latif




v
v
v

PinkyGreenyPeachang







p/s: jangn biarkan hidup anda diselubungi misteriiiii~
hahahahaa...



Wednesday, May 30, 2012

Samsung Galaxy=)

pagi tadi sampi² ofis jer
ade perhimpunan haram
hehehe..gurau jer..ade HSE talk
dekat alam maritim sdn.bhd..
memang setiap hari rabu ade perhimpunan ni
tapi hari ni xcerita pasal Human Safety Environment sangt..
sebab CEO company ade menyampaikan
banyak berita gembira kepada staff² kat sni..
untungla diorang
gaji naik, dapat bonus lagi
bestla bleh shopping bebnyk. xlame lgi kan nak rayer..2 bulan jer lgi kan..
(^_^)


dan saya pulak masih lagi dok berangan nak
beli handfhone baru..
xmo dah pkai corby 2 neh..huuuu -.-'


handphone idaman
idaman buat mse sekarng la
makin lame teknologi makin maju
makin canggih..
hehehee... 
(^.^)>>>>>



Galaxy s3



lebih nipis dri Galaxy s2


tablet PC pon saye nak!!
heheheee..
(BANYAK BETOL DUIT KO AZZA!!!!)



Galaxy Tab 10.1


lagi cool !!
perghhh...
xpe Azza berangn dlu bnyk²
nti dah keje ade duit bleh beli..
xpon nak kawen soh bakal suami
tuka mas kawen dengan Galaxy Tab ni ke kan..
bleh jadi jugak ni..
heheheheheeee...


p/s: kepada my future husband besiap sedialah..hehehee..gurau jer..
saya memang peminat Samsung, so, no wonder la yang saya berangn ni
sume model samsung..xkire la samsung ke samseng ke
yang penting 1 hari nti saye akan dapat bende ni..hehehee..



Tuesday, May 29, 2012

Mereka Kesayangan Saya =)



p/s : "Saya Happy Hari ni...keje xde..saya buat keje saya sendri buat animation pic kat photoshope..
and macam² lgi la...nak membzykn dri..=)"


Ye..Salah Saya =(

saya tahu salah saya..
Maafkan Saya
betul kata kamu..
Saya xrasa apa yang kamu rasa
Sebab tu saya tak tahu dan saya tak faham..
Saya tahu kamu mesti marah pada saya..
Maafkan Saya
Saya xkan cakap pasal tu lagi lepas ni...


\(T.T)/



P/S: "I’m sorry for ever taken you for granted=("

Sunday, May 27, 2012

Buat yang Tersayang

untuk yang tersayang..
M*****
\(^.^)/



dan aku tahu aku pernah menyakitkan hati kamu.....
maafkan aku
aku insan biasa tak lari dari kesalahan
maafkan aku untuk segalanya...

aku bukan insan yang sempurna
mungkin ade wanita lain yang lebih sempurna 
yang lebih layak untuk dirimu
tapi, percayalah selagi kamu yakin dengan perasaan kamu
terhadap diriku, aku akan bersama kamu..
selagi kudrat ini mampu.. 

p/s : "kerana Allah aku menyayangimu...:) "

Cerita Lawak =)

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.



Cerita 2
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik.
Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti.
Dengan muka tidak bersalah penunggang tersebut berkata,
'Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…" 





Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi
surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa
bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"





Cerita 4
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang
berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu
terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar
dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak
polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan
siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter
tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas
Helikopter tu...."





Cerita 5
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur..
hanya wait masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di
sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata
keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya
dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.. "Susan,
isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang
dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya.
"Kerana itulah saya meracuni kamu.... "



p/s: untuk M***** saya...jangan sedih²...:D



Saturday, May 26, 2012

Lawak : Malasnyer :D

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : “saya adalah yang paling malas”
Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”
Lalu jawab lelaki tersebut :”kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya”.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.
Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”
maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.
Maka raja pun terdiam?
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
“saya adalah yang paling malas tuanku”.
Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”
budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”.



p/s: "heheheheee...nak update pos pon malas sebenanye...(-.-')"



Thursday, May 10, 2012

Nikah

sebut jer nikah 
mestila orang lelaki ramai yang takot..
nak tau sebab pe...
sebab selepas bernikah merekalah yang akan menaggung satu
tanggungjawab yang sangat besar..
jika mereka gagal maka mereka akan disoal
di akhirat kelak..
sebab tu bila nak bernikah 
orang lelaki terutamanya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal

dan antara saat yang pling menakutkan bagi bakal suami ialah saat
melafazkan akad nikah..
macam² keadaan yang dapat kita lihat
ade yang terlalu gugup sehingga terpakse mngulang berkali²
hehehee...


lafaz akad nikah pula
kemungkinan tidak sama bagi setiap negeri..
tapi yang paling penting disebalik lafaz tersebut 
terdapat maksud tersirat yang perlu mereka katahui..


LAFAZ AKAD NIKAH:-
"Aku terima nikahnya sidia binti ayah sidia dengan mas kahwinnya RM ..."


ERTI TERSIRAT :-
"Aku tanggung dosa² si dia dari ibu bapanya. apa saja dosa yang dibuat, dari dedah aurat
hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi bapanya tanggung
dan aku tanggung semua dosa anak² aku. Kalau aku gagal, maka
aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka
dan malaikat Zabaniyah akan melibas aku hingga pecah badan aku"

adakah anda sanggup?? adakah anda bersedia??
anda sendiri fikirkan..


p/s: untuk bakal suami saya memang kene bace ni...
smoge anda bakal menjadi suami yang soleh dan betanggungjawab serta 
mampu menjaga saya dan anak²
pada masa akan datang.
(^_^)v



Tuesday, May 8, 2012

Sahabat Selamanya

Inilah yang dinamakan sahabat sejati
sentiasa menemani dalam waktu suka dan duka
sentiasa bersedia berkongsi sedeh dan gembira
sentiasa memberi semangat bila dilanda masalah
sentiasa menceriakan di waktu berduka
sentiasa menegur jika kita terlupa
sentiasa menerima apa adanya kita
sentiasa bersedia menghulurkan bantuan
sentiasa mendoakan sahabatnya

saya sayangkansahabat² saya =)
Mira, Dayah, Emy
mereka dihati saya
(^_^)


p/s:- sahabat sejati tiada tukar gantinya.
bersahabatlah kerana Allah..=)