As-Salam
pada seminggu sebelum berpuasa
saya dan kawan2 warga company
Alam Maritim Sdn.Bhd
telahpun mengunjungi sebuah rumah kebajikan
yang dinamakan
Pusat Penjagaan Al Fikrah
Pusat penjagaan ni terletak di Sg.Sekamat di Kajang
dalam pejalanan yang memakan masa 20 mnit
kami telahpun sampai dengan selamat
semasa mula² sampai memang
agak terharu dan terkejut kerana keadaan disekitar
rumah yang masih tidak berpenghuni ni sangat
kotor
tapi setelah membanting tulang selama
hampir 4 jam
kami telahpun berjaya membersihkan rumah yang
pada mulanya kotor sudahpun menjadi bersih
Alhamdulillah
berkat kerjasama sesama kakitangan yg ada
antara aktiviti yang dijalankan
mencuci tingkap, menyapu
menyusun barang² yang di sumbangkan,
mengemop lantai, mengecat dan mengemas
berikut adalah antara mereka yang mengerah tenaga
bagi menjayakan program amal ini
(^_^)v
Banner rumah kebajikan Al-Fikrah
kak dewi, kak zira, saya, kak wani
abg taqi yg encem, kak liza
hikhikhik.
kami yang asek begambo xsudah²
membentang karpet bagi program tahlil
untuk keesokan harinya
at least hujung minggu saya tak adalah sia-sia
tidak lama lagi rumah ini akan diduduki oleh
golongngan warga emas
yang terdiri daripada
golongan emas yang tidak dituntut hospital,
golongan yang terdampar dan miskin,
serta golongan tua yang dibuang oleh keluarga sendiri
Nauzubillah..
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang
yang menzalimi golongan yang lemah
dan minta dijauhkan dari menjadi anak yang derhaka