Thursday, March 28, 2013

Solat Sunat Dhuha

Bismillahhirrahmanirrahim
~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

untuk entry kali ni saya nak berkongsi tentang solat sunat Dhuha.
Solat Sunat Dhuha ni dilakukan ketika matahari sedang naik
dalam anggaran pukul 8.00 pagi hingga 11.00pagi.
kita boleh lakukan solat ni dalam bilangan rakaat 2, 4, 6, 8 hingga 12 rakaat.
kalau buat banyak rakaat lgi banyak fadilatnya insyaAllah.
(^_^)


bacaan niatnya:-
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
solat sunat ni dilakukan macam biasa.
cuma ada yang menggalakkan kita membaca surah As-Syam untuk rakaat pertama
dan surah Ad-Dhuha untuk rakaat ke dua.

doa sselepas solat dhuha adalah :-

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

atau hafal dengan bagus lagi boleh dengar bacaan doa ni dari
kumpulan UNIC yang bertajuk Doa Dhuha.



sebaiknya solat Dhuha ni dilakukan pada setiap hari.
Solat Dhuha ni banyak kelebihan nya antaranya mendapat keampunan Allah S.W.T,
Dimurahkan rezki dan tenang jiwa serta kehidupannya.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

saya pon sebenarnye baru je nk start blaja melakukan solat dhuha ni.
bila tengok roomate rajin solat dhuha
Alhamdulillah Allah bagi hidayah untuk saya pon sama2
melakukan solat dhuha ni.
InsyaAllah harap sangt dapat lakukannya secara istiqamah.

untuk maklumat yang lebih banyak boleh tengok link2 kat bawah ni :-

  • http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/
  • http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=310
  • http://permai1.tripod.com/dhuha.html
semoga ilmu dapat selalu dikongsi bersama.

Kekurangan Bukan Alasan

Bismillah

lama sudah tidak mengupdate di blog ni..
kesian blog ni bersawang-sawang sbb lame tuannye 
tidak datng menjenguk..
disebabkan sibuk dengan kerja-kerja
assignment yang mula bertambah
dan test yang perlu diberi tumpuan
dan jugak Hands on test dan juga skillbase yang
semakin menjadi2
tetapi insyaAllah semuanya baik2..
dan masih dapat diteruskan dalam 
arus yang tenang..
Alhamdulillah

saya belajar untuk selalu bersabar untuk semua test2
dan jugak dugaan yang datang..
dan selalu berlajar untuk bersyukur untuk semua hal
sebut pasal bersyukur saya teringat dengan 
seorang insan yang sangat menyentuh hati
semasa saya bertemu dngannya

saya tak tahu siapakah nama dia..
tapi yang pastinya dia seorang gadis yang naif
walaupun kurang dari segi fizikal dimana dia tidak boleh
melihat hanya mampu merasa dan mendengar
saya sangat kagum dengan beliau

saya bertemu dengannya di stesen bas Temerloh
masa tu saya dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman.
sememangnya bas akan berhenti di stesen Temerloh sebelum bergerk terus
ke Bahau Negeri Sembilan.
gadis ni naik bas sekali dengan saya di stesen bas Temerloh.
uminya yang menghantar dia masuk ke dalam bas
saya yang masa tu tengah 'syok' mendengar mp3 player
terus mellihat gadis ni
sebaik uminya turun dari bas meninggalkn dia keseorgn di atas bas
saya melihat dia mengeluarkan handphone nye
dan menekan2 handphone tersebut
saya sangat kagum
walaupun dia tidak mampu melihat tapi dia mampu menaip message
Subhanallah..

betapa besarnya kuasa Allah
kekurangn yang dia ada langsung tak menghalang dia untuk hidup
dia menaip message dengan perlahan
tampa saya sedar airmata saya keluar
saya berfikir agaknya berapa lame dia berlatih untuk menghafal setiap nombor
dan huruf yang ada dengan handphone tu
untuk 'call' dan 'message' tanpa perlu
meminta bantuan dri org lain..

kebetulan gadis ini turun di tempat yang sama dengan saya
di stesen Bahau.
semasa turun saya melihat dia mngeluar tongkat untuk menuju ke stesen bas
menunggu seseorng datng memjemputnya
skali lagi dia mngeluarkan phonenye untuk membuat panggilan
mungkin panggilannya tidak berjawab..
dia duduk ditepi kerusi sambil menunggu
dan masa itu ayah saya telahpun sampai untuk menjemput saya
dari jauh sya melihat dye
ada seseorng datang menemani dia
mungkin abangnya
dalam hati saya berdoa semoga Allah melindungi
gadis yang kuat ini

:-secara jujurnya saya sangat bterima ksih kepada gadis tersebut,
kerana dalam tak sedar dia telah membuat saya sedar.
bahawa kuasa Allah itu sangat besar. jika dia
seorang yang kurang upaya
mampu berdikari untuk hidup, berusaha untuk
berdiri di atas kaki sendri, kenapa saya tidak boleh?

Tuesday, February 26, 2013

Andai aku hilang harapan =)




Ya Allah
damaikanlah hatiku dengan setiap ketentuanMu
kerana sesungguhnya perancanganMu 
lebih hebat dri insan biasa ini.

Jika aku gagal pada hari ini
aku pasti akan ada sesutu yang Engkau sediakan
untukku dan semestinya ia lebih baik dri apa 
yang aku inginkan..

P/S:- bersangka baik dengan Allah..Sesungguhnya Dia lebih mengetahui..
\(^____^)