Thursday, March 28, 2013

Solat Sunat Dhuha

Bismillahhirrahmanirrahim
~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

untuk entry kali ni saya nak berkongsi tentang solat sunat Dhuha.
Solat Sunat Dhuha ni dilakukan ketika matahari sedang naik
dalam anggaran pukul 8.00 pagi hingga 11.00pagi.
kita boleh lakukan solat ni dalam bilangan rakaat 2, 4, 6, 8 hingga 12 rakaat.
kalau buat banyak rakaat lgi banyak fadilatnya insyaAllah.
(^_^)


bacaan niatnya:-
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
solat sunat ni dilakukan macam biasa.
cuma ada yang menggalakkan kita membaca surah As-Syam untuk rakaat pertama
dan surah Ad-Dhuha untuk rakaat ke dua.

doa sselepas solat dhuha adalah :-

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

atau hafal dengan bagus lagi boleh dengar bacaan doa ni dari
kumpulan UNIC yang bertajuk Doa Dhuha.



sebaiknya solat Dhuha ni dilakukan pada setiap hari.
Solat Dhuha ni banyak kelebihan nya antaranya mendapat keampunan Allah S.W.T,
Dimurahkan rezki dan tenang jiwa serta kehidupannya.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

saya pon sebenarnye baru je nk start blaja melakukan solat dhuha ni.
bila tengok roomate rajin solat dhuha
Alhamdulillah Allah bagi hidayah untuk saya pon sama2
melakukan solat dhuha ni.
InsyaAllah harap sangt dapat lakukannya secara istiqamah.

untuk maklumat yang lebih banyak boleh tengok link2 kat bawah ni :-

  • http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/
  • http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=310
  • http://permai1.tripod.com/dhuha.html
semoga ilmu dapat selalu dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment